Friday, 10 April 2015

Surirumah Juga Boleh Jana Pendapatan Sendiri


Bagi surirumah yang masih teragak-agak untuk bermula, adalah sangat merugikan bagi kalian sekiranya melepaskan peluang yang ada di depan mata. Alasan apa lagi yang mahu diberikan lagi?Andai ini adalah alasan sebelum anda bermula, maka bacalah jawapan yang saya berikan di bawah. Saya juga sudah melalui fasa-fasa bekerja makan gaji, bekerja sendiri dan sudah pastilah bekerja sendiri lebih dekat di hati saya:) 

Sejak berhenti kerja, tak dinafikan saya lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan. Setiap wang yang masuk dikira dan akaun bank juga dikosongkan setiap hari. Bekerja sendiri melatih diri menjadi sangat disiplin dan meletakkan sasaran setiap minggu. Namun tidak selalunya saya bernasib baik dengan mendapat jualan yang meletop setiap bulan tapi yang pastinya sejak bekerja sendiri, semua bil internet yang berjumlah RM98 setiap bulan saya yang bayar, selain hutang sendiri iaitu hutang  PTPTN. Kalau dulu semua en suami yang bayarkan, tetapi sekarang sudah boleh melunaskan hutang-hutang dengan "gaji" saya sendiri hasil dari usaha bekerja dari rumah.


  • Saya malu dan tidak tahu berniaga
  • Suami tidak memberikan sokongan
  • Saya tiada modal untuk bermula
  • Saya tiada masa untuk berniaga kerna sibuk jaga anak
  •  Saya tiada kenderaan untuk keluar menghantar barang
  • Saya cepat sentap jika pelanggan marah
  •  Saya tiada idea nak jual apa sebab semua saya rasa mahu buat
  • Saya selalu tak nampak hasil jualan saya, sebab itulah malas nak teruskan
  • Saya dan cuba berniaga dah tapi selalu aje gagal


      Wah!!! Tak sangka sampai 10 alasan yang terlintas difikiran saya jawab di sini. Apa yang saya jawab itu adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Jika anda surirumah yang masih teragak-agak untuk bermula, rasanya boleh tolak kketepi semua alasan tersebut. Jangan tahu nak mengeluh duit tak ada, cemburu dengan wanita berkerjaya ada duit boleh beli apa sahaja yang mereka suka sedangkan kita juga tiada bezanya. Kita juga boleh malah lebih bagus lagi kerana masih berpeluang menjaga anak-anak di depan mata. Jadi berhenti mengeluh dan mulakan dengan bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Alhamdulillah!

Daftar kelas asas blog & fanpage bersama saya dan bersama-sama kita majukan diri dan kewangan keluarga nanti. Insya Allah.







No comments:

Post a Comment