Thursday 4 August 2016

CARA MENGATASI RABUN JAUH DAN SUPPLEMENT TERBAIK

Kenali Punca Rabun Jauh Dan Atasinya Dengan Cara Yang Selamat

Semasa di sekolah dulu saya alami masalah mata yang susah untuk melihat papan tulis atau pun tulisan yang jauh. Kalau melihat tulisan yang dekat memang tiada masalah. Tapi saya tak suka memakai kaca mata, jadi saya biarkan sahaja mata dengan keadaan seperti itu. Ternyata dari hari ke hari, kemampuan mata untuk melihat semakin teruk dan saya terpaksa harus memakai kaca mata agar boleh melihat dengan jelas.

vision glassespandangan melalui kacamata
Apa sebenarnya penyebab mata kita tak boleh melihat jauh ? Kondisi ini seringkali disebut dengan rabun jauh. Rabun jauh terjadi kerana mata tidak mampu melihat objek yang jauh dengan jelas. Seakan-akan objek tu kabur. Hal ini terjadi kerana pantulan cahaya dari objek yang masuk ke mata (focal point) tidak tepat di retina. Biasanya rabun jauh ini diderita oleh kalangan pelajar sekolah dan biasanya akan melanda mereka yang gemar membaca buku mahupun selalu di depan komputer. Tak ketinggalan juga mereka yang selalu menggunakan miskroskop seperti ahli sains yang cukup sering menggunakan miksroskop.
eyesight
cahaya mata

Penyebab Rabun Jauh

Pada kondisi normal, kornea atau lensa mata memiliki bentuk dan permukaan yang mulus sehingga bias cahaya yang masuk boleh terpusat pada retina. Tetapi lain halnya dengan pengidap rabun jauh. Kerusakan refraktif pada mata adalah penyebab utama rabun jauh. Kondisi ini terjadi jika cahaya yang masuk ke mata justeru terfokus di depan retina dan bukan tepat pada retina. Inilah yang menyebabkan pandangan menjadi kabur.

Beberapa faktor Lain yang mendukung terjadinya rabun jauh iaitu diantaranya:

  • Keturunan
Keturunan adalah faktor yang paling banyak dijumpai. Ianya terjadi kerana mungkin salah satu atau kedua orang tua mempunyai penyakit rabun. Anak akan berisiko mendapatkan rabun.
  • Bangsa
Ternyata orang asia cenderung memiliki risiko terkena rabun jauh yang lebih besar iaitu sebanyak 70%-90% daripada orang Eropa dan amerika yang hanya 30%-40% sahaja. Dan yang paling kecil jumlahnya Afrika 10%-20% sahaja.
  • Kekurangan zat makanan yang berzat.
Disinilah pentingnya peranan ibu bapa memberikan nutrisi yang cukup untuk kanak-kanak. Agar mereka mendapatkan keperluan zat dan vitamin yang cukup untuk perkembangan mereka. Usia 12 tahun ke bawah memerlukan asupan gizi yang cukup untuk mengelakkan pelbagai penyakit termasuk rabun jauh ini. Anda boleh memberikanset kanak-kanak sihat untuk mereka.
  • Kebiasan buruk seperti menonton television, gadget, komputer dengan jarak dekat. Membaca sambil tidur serta membaca di dalam kawasan yang kurang pencahayaan lampu.

myopia-hyperopia-
Myopia dan hyperopia

Gejala Rabun Jauh

Gejala rabun jauh dapat terjadi pada sesiapa sahaja dan dari segala umur. Tetapi gejala ini akan dirasakan oleh pesakit umumnya pada masa kanak-kanak hingga usia sekolah. Berikut ini gejala-gejala yang biasanya dirasai.
  • Pandangan kabur saat melihat objek yang jauh sehingga sering menyipitkan mata, contohnya sahaja susah melihat tulisan di papan tulis dan sukar melihatnya dengan jelas.
  • Sakit kepala keran mata bekerja secara berlebihan
  • Selalu mengedipkan mata
  • Selalu menggosok mata
  • Kadang tak sedar bahawa tak nampak objek yang berada jauh
Gejala ini perlahan-lahan akan makin teruk dengan seiring pertambahan usia dan juga perkembangan kesihatan mata. Misalnya sahaja warga tua yang mengalami penurunan kemampuan mata biasanya berhubungan dengan adanya timbul katarak pada mata. Jika anda dan ahli keluarga mengalami penurunan kemampuan mata untuk melihat secara mendadak hingga menganggu aktifitas harian, periksakan mata anda ke doktor mata anda dengan segera.

Pencegahan Dan Rawatan

Pencegahan rabun jauh ini sebaiknya dilakukan seawal yang mungkin. Dan amalkan pemakanan yang sihat seperti rajin mengambil buah-buahan dan sayuran yang kaya akan vitamin A.  Adalah penting untuk memastikan kesihatan mata berjalan dengan lancar. Untuk mengatasi rabun jauh adalah dengan memggunakan kacamata minus atau lensa kontak yang ukuran nya boleh anda ketahui setelah anda melakukan pemeriksaan mata. Anda juga boleh melakukan pembedahan mata yang disebut LASIK (laser assisted in situ keratomileusis). Operasi LASIK ini hanya sebentar sahaja dan kebanyakan pesakit membuat operasi ini berhasil dan dapat melihat tanpa kacamata.
kacamata membantu untuk melihat dengan jelas
kacamata membantu untuk melihat dengan jelas
Selain itu, dengan membaca Al quran pun merupakan terapi mata yang cukup baik. Dengan rajin membaca al quran, in sha Allah mata kita akan sihat dan jauh dari penyakit rabun ini. Melindungi mata dari pancaran sinar matahari langsung juga membantu . Periksakan mata anda ke doktor secara rutin, menerapkan pola hidup yang sihat dengan berhenti merokok. Mengontrol penyakit yang diderita contohnya seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi.

pemeriksaan mata rabun
Pemeriksaan mata
Dalam segi pengubatan alternatif, kita boleh amalkan pemakanan makanan tambahan seperti vitamin. Contohnya sahaja di dalam produk shaklee anda boleh amalkan pengambilan Vivix, Carotomax dan juga Omega Guard. Ketiga jenis makanan tambahan ini membantu anda untuk mendapatkan mata yang sihat dan cantik. Sekaligus mengatasi masalah mata yang anda alami seperti rabun ini.
  • Vivix
Salah satu ramuan Vivix yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan mata adalah Elderberry (sambucus Nigra). Elderberry tidak hanya kaya dnegan antioksidan, tetapi ianya juga kaya dnegan vitamin A, B dan C. Ianya memberikan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung juga termasuk strok, serangan sakit jantung serta memperbaiki penglihatan dan pengahadaman. Vivix juga kaya dengan resveratrol yang baik untuk kesihatan dan kecantikan mata.
  • Carotomax
Carotomax mengandungi 6 varieti karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat antioksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lainnya. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan beta karotena didalam darah, seterunya memelihara kesihatan penglihatan , kulit dan mencegah kanser. Ianya menghasilkan “ungu visual” yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, rabun jauh, mata kering, gloukoma, katarak, floaters, kantung mata dan juga gegelung hitam di mata.
  • Omega Guard
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada bulan terakhir perkembangan otak janin semasa didalam kandungan. DAH dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.

set mata sihat dan cantik
Set Mata Sihat dan Cantik
Testimoni Pengguna set mata

Sampai ofis pagi ni, menitik air mata sy bila eorang kawan memberi tahu yang ibunya ada masalah bendasing dalam mata (floaters) telah hampir sembuh sepenuhnya. Sebelum ini beliau ada gangguan penglihatan dimana beliau nampak bintik/tompok hitam dalam pandangan akibat pengumpulan jeli yang mengisi bebola mata yang mencair, bergumpal lalu bergerak kehadapan retina. Folater ini terjadi secara semulajadi dan biasanya berlaku dikalangan golongan usia lanjut, retinopati diabetes, koyakan retina dan induvidu yang mengalami rabun jauh.
Emaknya takut melakukan pembedahan, umur pun dah lebih 60 tahun. Saya cadangkan mengambil vivix dan carotomax dan emaknya makan lebih kurang sebulan lepas, baru botol pertama.  Sekarang pandangan mak dah jelas dan semakin baik tak nampak lagi bintik atau tompok yang mengganggu lagi. Apa yang mengharukan doktor kata beliau tak perlu lagi jalani pembedahan. Badan pun dah semakin sihat dan bertenaga.
testimoni vivix untuk masalah mata
Anda boleh mendapatkan Set Mata Sihat Dan Cantik disini.
Jika anda nak buat order, anda boleh whatsapp untuk buat pesanan/belian.
019-2653135 >>> ALFILAILI

No comments:

Post a Comment