Monday 13 April 2015

APA ITU ABDR (AKADEMI BEKERJA DI RUMAH)?





Apakah Tujuan Penubuhan ABDR?
ABDR ditubuhkan untuk memberi peluang kepada semua yang berhasrat untuk bekerja dari rumah. Tak kiralah samada sepenuh masa atau separuh masa (iaitu yang masih bekerja).


Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menawarkan:

1. Kelas Online Asas Bina Blog Penulisan:
Belajar menulis cara santai tetapi masih mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ia adalah salah satu cara menarik minat pembaca agar suka baca dan bertandang ke blog kita. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai Blogger di akademi kami yang kini sudah mencecah 600 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Juga belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tetapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk menyertai kelas ini.


2. Kelas Online Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes:
Bagi yang mahu memulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tetapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma iaitu blog, fanpage dan facebook. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis secara konsisten, membuat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, membuat fanpage dan juga belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik.


3. Kelas Beriklan di mudah.my:
mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.


4. Kelas Penulisan Kreatif:
 Bagi yang bercita-cita untuk menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.


5. Rakan Niaga / Pengurus Online Akademi:
 Kami membuka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas Urusniaga Akaun Bisnes Kecil WAHM SOHO:
Bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Anda boleh pilih pakej yang bersesuaian dengan minat dan potensi kalian.

Hubungi saya sebagai pengurus online anda untuk menyertai ABDR di talian 

019-2653135

No comments:

Post a Comment