Thursday 14 April 2016

Kriteria memilih minyak ikan

Terdapat banyak minyak ikan yang berada di pasaran. Namun apa kriteria terbaik pemilihan minyak ikan yang betul? berkualiti? berkesan?

Di sini saya sediakan 5 kriteria pemilihan minyak ikan omega 3 yang terbaik untuk anda:

Kriteria 1: Jenis minyak ikan
Nampak macam tak penting kan jenis minyak ikan ni? samaada kapsul ke, atau sofgel atau tablet?
Tapi sebenarnya ianya memainkan peranan penting dan utama. Kenapa?
Jenis cecair/sirap

Biasanya minyak ikan dijual dalam bentuk sirap, kebaikannya ia amat mudah diserap oleh badan, namun apa keburukannya?
Ia cepat luput apabila anda dah buka, apabila cecair tersebut sudah luput, maka ia akan menjadi berbahaya kepada badan kerana radikal bebas mula membiak di dalamnya/
 Kedua, adalah mustahil untuk minum amaun yang cukup untuk keperluan badan anda.
kebanyakan pengguna minyak ikan cecair kurang senang dengan bau minyak ikan yang sedikit hanyir ini walaupun setelah dicampur perasa seperti oren dsb.

Jenis tablet

Tablet adalah kecil dan mudah di telan, namun ianya boleh jadi sukaruntuk kanak-kanak menelannya. tablet tidak sehamis atau sehanyir cecair. Tapi keburukannya ialah: tablet telah dicampur bahan perasa untuk menstabilkannya dan kemudian di masak untuk mendapatkan exkstrak minyaknya. Faktor ini mengurangkan keberkesanan dan nilai nutrisi di dalam minyak ikan tersebut.

Soft gel

Di antara ketiga2 jenis ini, soft gel adalah yang terbaik kerana ia mempunyai jangka hayat yang lebih lama, dan dosage yang sebenar lebih mudah dibentuk di dalam sebiji kapsul. Faktor lain adalah ianya kurang hamis atau hanyir dan tidak berbau, dan dicampur perasa yang lebih enak.

Kriteria 2: Ketulenan
Minyak ikan yang terbaik adalah minyak ikan yang bersumberkan ikan laut dalam kerana di kawasan ini jauh dari pencemaran. kawasan yang selalunya menjadi tempat yang terbaik adalah di kawasan antratika atau arctic. Oleh kerana tempat kediaman ikan ini bebas dari pencemaran, kualiti dan ketulenan ikan tersebut juga dapat dijamin

Kriteria 3: kesegaran
Banyak jenama yang memberikan perhatian lebih kepada cara pembungkusan sehinggalah penghantaran omega tersebut untuk menjaga kesegarannya. Disamping itu, botol yang direka khas dengan menggunakan material yang dibenarkan dapat memastikan kesegaran omega terjaga. Proses yang tidak dijaga menyebabkan pengoksidaan berlaku dan boleh membahayakan kerana ia mengandungi radikal bebas. Syarikat yang memastikan kesegaran produknya terjaga selalunya memnyediakan Money back Guarantee jika produknya kurang rasa atau busuk.

Kriteria 4: Label pada minyak ikan omega 3
Perhatikan pada label minyak ikan yang and beli. pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya EPA dan DHA. Ini adalah sebab utama pun kan untuk beli minyak ikan. kalau benda ni tak de, minyak ikan tu dah tak de apa2 nutrisi dah, macam minyak biasa pula.
Kebanyakan label hanya menyebut jumlah omega 3 asid lemak di dalam supplemen mereka tetapi informasi ini todak begitu membantu kerana anda perlu tahu jumlah EPA dan DHA di dalam supplemen tersebut
Suplemen minyak ikan sepatutnya menunjukkn maklumat mengenai EPA dan DHA berasingan. Jumlah kedua-duanya perlulah diantara 1000 hingga 1500mg. Namun tidak boleh melebihi 2000mg asid lemak omega 3, kecuali dinasihatkan oleh doktor.

Kriteria 5: Label pada minyak ikan
Suplemen minyak ikan omega 3 perlu mengandungi vitamin E. Vitamin E membantu menlindungi minyak ikan semasa proses pengoksidaan dan penyimpanan. ianya juga penting kerana pengambilan omega yang kerap boleh menurunkan paras vitamin E di dalam badan seseorang.





No comments:

Post a Comment